Sudahkah anda buat surat wasiat untuk keluarga tercinta anda?
Untuk isteri dan anak-anak?
Kepada orang yang bercadang untuk meninggalkan harta kepada keluarganya, saya bagi contoh 2 cara...
[Simpan RM100 sebulan dalam ASB]
Kita perlu taat mencarum tiap-tiap bulan ke dalam akaun ASB kita supaya matlamat untuk meninggalkan harta kepada keluarga kita akan tercapai.. sekarang umur 30 tahun, dijangka mati dalam umur 70 tahun (insyaAllah).. bermakna duit pelaburan kita selama 40 tahun adalah RM48000.
Dengan pulangan setiap tahun 8%, secara kasar nye mungkin anda akan memperolehi RM70000. (Pengiraan ini adalah sebagai contoh sahaja, sila rujuk pada pihak yang lebih mengenai ASB).
Maka dengan plan ini, waris anda akan menerima RM70000 sekiranya anda meninggal pada umur 70 tahun dengan syarat anda menyimpan bermula dari umur 30 tahun....
Tapi siapa yang boleh janji yang dia akan hidup sehingga 70 tahun?? Kehidupan kita penuh dengan panca roba.. Kematian disebabkan penyakit-penyakit kritikal semakin meningkat.. heart attack datang bila-bila masa saja, tambahan pula orang yang selalu stress dengan kerja dan makan yang tak menentu..
Kematian disebabkan kemalangan lagilerr.. tak boleh dijangka bila dan dimana akan berlaku.. takkan kita taknak pegi keje, dok umah je sebab nak elak accident kereta kan? mana nak datang duit nak sara anak bini? lagipun, dekat umah pun boleh jadi kemalangan kan?? meninggal sebab terhantuk selepas tergelincir dalam bilik air pun ade kan.. malang tak berbau masalahnya... kalau ada bau takde masalah :P
What if, orang tadi tu meninggal selepas setahun dia mencarum di ASB?
Waris dia baru akan dapat RM1200.... maka tak tercapai laa hasrat nak tinggalkan RM70000 kan???
Pernahkah kita terfikir???
[Simpan RM100 sebulan dalam Prudential BSN Takaful]
Sama juga simpan RM100 sebulan seperti kes menyimpan di ASB tadi..
Cumanya, kalaulah dia meninggal selepas setahun yang mana dia sudah mencarum RM1200 ke dalam akaun ini... maka waris akan menerima RM250,000!!!
walaupun dia menyimpan selama 40 tahun dengan taat sebanyak RM100 sebulan, total yang dia akan bayar hanyalah RM48000 berbanding dengan coverage RM250,000 yang bakal waris nye terima.. tak ke untung tu??
Macam mana pun niat untung meninggalkan kepada waris RM250,000 insyaAllah pasti tercapai dengan Prudential BSN Takaful.. dengan RM250,000 dan ada 2 orang anak.. sorang bole dapat RM125,000 untuk membantu dia nak masuk universiti kan...
Fikirlah mana yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.. dua2 cara boleh tapi kita mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita kan..
Yang pergi tetap pergi, tetapi yang paling penting orang yang masih hidup yang sebelum ini bergantung kepada kita...
Kalau keadaan keluarga itu masih ada kekurangan walaupun bapanya masih hidup, bayangkan kehidupan keluarga itu selepas bapanya sudah tiada lagi.............
Tuesday, May 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment